Jenis Perfume Mengikut Occasion

Bila kita bercakap soal menjaga penampilan, sudah tentu kita akan memilih pakaian, aksesori dan dandanan yang sempurna serta cocok dengan majlis atau aktiviti yang ingin kita sertai.

Tetapi kebanyakan orang selalu lupa tentang perfume. Perfume adalah satu kenyataan yang ingin kita sampaikan saat kita masuk kedalam suatu ruang dan meninggalkan kesan saat kita meninggalkan ruang tersebut.

Coco Chanel, pernah berkata “Seorang wanita yang tidak memakai pewangi tidak mempunyai masa hadapan”. Walaupun kenyataan tersebut agak keras tetapi beliau mempunyai maksud beliau tersendiri.

Pemilihan dan pemakaian perfume adalah sesuatu aksi yang kita sengajakan, sama seperti setiap langkah yang kita ambil untuk masa hadapan kita. Kita mesti memilih wangian yang berbicara kepada kita.

Jadi anda perlu belajar samada perfume yang anda pilih itu bersesuaian atau tidak untuk setiap majlis. Untuk membantu anda membuat keputusan, kami telah membuat senarai beberapa kategori wangian dan bila anda perlu memakai nya.

 

“floral”

 

Floral perfume adalah antara perfume yang paling popular di pasaran. Terkenal dengan bauan yang ringan, lembut dan meragakan imej keremajaan. Pemakaian floral perfume adalah sesuai untuk semua jenis majlis atau keadaan selagi tidak dipakai secara berlebihan.

“green”

 

Jika dibandingkan dengan floral perfume, green perfume mempunyai bau yang lebih natural dan kurang manis. Green perfume mempunyai note bau rumput segar dan minyak teh hijau. Melainkan wangian ini adalah kegemaran anda, kami tidak menyarankan untuk anda memakai jenis ini untuk majlis yang formal kerana bau nya lebih kearah aktiviti luar.

 

“woodsy”

 

Woodsy perfume adalah satu langkah lebih natural berbanding green perfume. Woodsy perfume juga dikenali dengan wangian nya yang sangat maskulin. Wangian yang mempunyai woodsy tone kebiasaannya sandalwood, tembakau dan wangian asap tiruan. Woodsy perfume lebih ‘heavy’ atau mempunyai bau yang keras yang mana sangat sesuai dipakai pada musim luruh atau musim sejuk. Ia juga sesuai untuk dipakai bagi majlis yang formal.

 

“Warm & Spicy”

 

Warm & Spicy perfume adalah perfume yang lebih ‘heavy’ dan mempunyai wangian yang lebih kaya. Daripada woodsy perfume dan ia sesuai dipakai pada waktu yang lebih sejuk. Bauan cengkih, kayu manis dan kasturi adalah kebiasaan dijumpai di dalam warm & spicy perfume. Satu kekurangan bagi perfume jenis woodsy dan warm & spicy adalah ia tidak sesuai digunakan ketika makan. Bau nya yang keras dan berat boleh menghilangkan selera makan anda. Jadi, sekiranya anda ingin menghadiri majlis makan-makan elakkan memakai perfume jenis ini ya.

 

“oceanic”

 

Oceanic perfume adalah perfume yang mempunyai bau yang ringan, seronok dan natural. Wangian ini adalah yang biasa anda bau ketika bercuti atau di dalam spa. Bau seperti rumpai laut, garam laut dan pasir adalah yang mentakrifkan perfume oceanic. Perfume oceanic adalah perfume yang menenangkan dan sesuai dipakai setiap masa.

 

“fruity”

 

Wangian fruity adalah wangian yang seronok, segar dan meremajakan diri anda. Wangian ini biasanya manis seperti floral perfume, tetapi wangian ini penuh dengan tenaga! Sembur sedikit citrus perfume dan anda akan berbau juicy dan ripe dimana mana.

“fresh”

 

Fresh perfume ialah perfume ringan dan membuat anda selesa. Ia adalah wangian semula jadi yang sesuai dipakai untuk semua jenis keadaan dan majlis. Cuba fikirkan tentang pakaian yang baru dibasuh, kapas segar dan sabun. Menyegarkan bukan?

 

So, sekarang anda dah mengetahui jenis perfume dan bila waktu sesuai untuk memakainya. Sekarang tiba masa untuk anda nikmati pengembaraan dalam mencari perfume yang sesuai dengan anda dan majlis yang anda ingin hadiri. Jangan lupa sediakan satu perfume yang sesuai untuk semua jenis keadaan.

 

Anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai wangian? Klik link dibawah

 

Wangi Blog by Perfume Borong Malaya

 

Ingin jana pendapatan dari rumah dengan menjadi reseller perfume? Hubungi Perfume Advisor kami! Jangan tangguh lagi.

 

Hubungi Atin Sekarang

 

Jumpa lagi di artikel akan datang!

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
×