10 Tips Perfume Tahan Lebih lama

Kita mesti rasa kita terpaling tahu cara untuk memakai perfume dengan betul, kan? Tapi pernah tak korang terfikir cara pemakaian perfume untuk perfume korang tahan lebih lama dan memberi hasil yang terbaik?

Hari ni kitorang nak guide korang dan kongsi 10 tips macam mana cara pemakaian perfume yang betul supaya perfume yang korang pakai lebih tahan lama.

Jom kita mula!

 

10 Tips Cara Pemakaian Perfume dan Bagaimana Membuatkan Perfume Lebih Tahan Lama

  1. Mandi sebelum sembur perfume korang

Untuk membuatkan perfume korang tahan lebih lama dan semerbak bau nya, sembur terus selepas korang mandi. Pastikan kulit korang dah betul kering sebelum sembur tau?

 

  1. Lembapkan kulit dengan pelembab

Jika korang nak perfume korang lebih tahan lama lagi, pakai perfume selepas korang dah lembab kan kulit. Korang boleh lah pakai losyen yang tidak berbau atau yang sama bau dengan perfume korang ada.

 

  1. Guna Petroleum Jelly

Jika kulit korang jenis yang terlalu kering, korang boleh sapu kan petroleum jelly dulu pada bahagian nadi korang sebelum sembur perfume. Minyak pada petroleum jelly akan mengekalkan bau perfume tahan lebih lama.

 

  1. Pilih titik semburan yang betul

Pernah terfikir kat mana tempat yang betul untuk sembur perfume? Jawapan nya ialah di Pulse Points. Titik titik ini ialah titik dimana urat korang paling dekat dengan kulit.

 

Pulse points juga dikenali sebagai warm points. Titik titik ini membantu untuk perfume lebih tahan lama dan semerbak bau nya.

 

Antara tempat Pulse Points ni adalah :- pergelangan tangan, leher di antara tulang selangka, belakang telinga, di lipatan lengan dan di belakang lutut.

  1. Jangan gosok pergelangan tangan

Selepas korang sembur perfume di pergelangan tangan jangan gosok pergelangan tangan korang tau? Ia boleh menyebabkan bau perfume korang lari dari note sebenar dan kurang ketahanan nya.

 

Sebaliknya, sembur perfume di titik pilihan korang dan biar perfume kering dengan sendiri pada kulit korang.

 

  1. Jarak yang sesuai

Ketika korang sembur perfume, pegang botol perfume korang 5-7 inci dari kulit. Langkah ini boleh mengelakkan titisan besar jatuh di atas kulit korang.

 

  1. Jangan lupa tentang rambut

Rambut adalah bahagian yang lebih menahan bau perfume lebih lama berbanding kulit kita. Korang boleh menyembur sedikit pada rambut korang atau lebih baik diatas penyikat rambut kerana perfume mengandungi alkohol dan boleh menyebabkan kerosakan pada rambut korang.

Peringatan : Hanya gunakan perfume pada rambut yang telah baru dicuci, kerana minyak pada rambut anda boleh memberi kesan pada bau perfume.

 

  1. Jangan sembur pada pakaian

Sembur perfume pada permukaan kulit jangan sembur pada pakaian korang kerana perfume boleh meninggalkan kesan pada pakaian korang.

 

  1. Simpan perfume di tempat yang betul

Untuk memastikan perfume korang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, ianya perlu lah disimpan di tempat yang gelap tanpa perubahan suhu yang ketara. Jangan simpan di dalam bilik air atau tempat yang  lembab, panas dan terdedah kepada cahaya berlebihan.

Korang boleh simpan perfume di dalam almari atau tempat yang jauh dari sebarang cahaya.

Tips Tambahan: Korang juga boleh simpan menggunakan packaging asal perfume korang untuk jangka hayat yang lebih lama.

  1. Pilih bilangan semburan yang tepat

Kalau korang tak tahu berapa semburan yang sepatutnya korang sembur, periksa tahap kepekatan perfume korang pakai tu.

 

Untuk perfume yang light atau menyegarkan macam Eau De Toilette, korang boleh sembur 3-4 semburan tanpa risau.

Untuk perfume yang lebih pekat macam Eau De Parfum atau Perfume, 1-2 semburan sudah mencukupi.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang apa perbezaan di antara Eau De Toilette, Eau De Parfum dan Parfum boleh klik link di bawah :

Perbezaan di antara jenis minyak wangi di pasaran.

 

1 thought on “10 Tips Perfume Tahan Lebih lama”

  1. Pingback: Adakah Perfume Penting? Jika Penting, Kenapa? - Perfume Borong Malaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
×