Perbezaan Jenis Minyak Wangi Di Pasaran

Tidak semua minyak wangi adalah sama.

Tahukah anda minyak wangi didatangi dengan jenis kepekatan yang berbeza? Dan kepekatan ini menghasilkan kategori minyak wangi yang berbeza. Kepekatan ini juga memberi kesan kepada harga minyak wangi tersebut.

Hal tersebut menjadikan kita senang keliru dan susah untuk memilih minyak wangi yang terbaik untuk kita.

JENIS KATEGORI MINYAK WANGI

Terdapat 5 kategori utama minyak wangi :

  • Perfume atau Parfum,
  • Eau De Perfume atau Eau De Parfum,
  • Eau De Toilette,
  • Eau De Cologne,
  • dan yang jarang diketahui Eau Fraiche.

Jom kita tengok apa yang membezakan kategori minyak wangi tersebut supaya dapat membantu anda dalam memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda.

PERFUME / PARFUM:

  • Kategori ini mempunyai kadar kepekatan essential oil atau pun ekstrak minyak wangi yang tertinggi iaitu dengan anggaran 20 – 30% essential oil di dalam bancuhan minyak wangi. Ia merupakan kategori yang paling mahal oleh kerana kadar kepekatan yang tinggi dan mengandungi essential oil yang paling banyak.
  • Kebiasaannya sangat pekat dan lebih berminyak.
  • Mempunyai ketahanan yang lebih lama, lebih dari 24 jam.
  • Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, kerana kurang kadar alkohol di dalam bancuhan minyak wangi.

EAU DE PERFUME / EAU DE PARFUM:

  • Mempunyai kadar kepekatan diantara 15 – 20% essential oil di dalam bancuhan minyak wangi ini. Lebih murah berbanding Parfum.
  • Mempunyai lebih kandungan alkohol berbanding Parfum. Tetapi masih mengandungi kadar essential oil masih tinggi.
  • Ketahanan di antara 8 – 10 jam.
  • Walaupun mempunyai kadar alkohol yang lebih tinggi, tetapi masih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

EAU DE TOILETTE:

  • Ini adalah kategori minyak wangi yang mempunyai kandungan ekstrak minyak wangi di antara 5 – 15%.
  • Ia adalah formula yang cair dan biasanya terdapat di dalam botol spray.
  • Mempunyai harga yang lebih mampu milik, dan mampu bertahan sehingga 6 jam.
  • Disebabkan mengandungi kadar kepekatan yang rendah dan mempunyai alkohol yang lebih tinggi, bau nya boleh menghilang dengan lebih pantas.

EAU DE COLOGNE:

  • Mempunyai kadar essential oil yang rendah iaitu 2 – 4% sahaja.
  • Kebiasaannya datang dengan botol yang lebih besar kerana anda perlu untuk menggunakannya lebih kerap.
  • Tahan sehingga 2 jam dan mempunyai harga yang murah.

EAU FRAICHE:

  • Kategori ini adalah yang paling cair dan hanya mengandungi ekstrak minyak wangi sekitar 1 – 3% sahaja.
  • Kandungan utama dalam bancuhan ini ialah air kerana ‘Eau Fraiche’ bermaksud fresh water.
  • Ia boleh bertahan sehingga 1 jam dan biasa nya digunakan untuk menyegarkan kan.

Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam membezakan jenis minyak wangi yang terdapat di pasaran dan memilih yang sesuai untuk kegunaan anda.

 

 

3 thoughts on “Perbezaan Jenis Minyak Wangi Di Pasaran”

  1. Pingback: 10 Tips Perfume Tahan Lebih lama - Perfume Borong Malaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
×