Adakah Perfume Penting? Jika Penting, Kenapa?

Pernah tak anda rasa gemuruh sebelum sesi temuduga, mesyuarat atau seringkas pergi membeli barang keperluan tapi anda terlupa untuk memakai perfume anda?

 

Pemakaian perfume atau minyak sebenarnya penting dalam kehidupan seharian kita dan menjadi salah satu kod pemakaian kita. Pertamanya, ia dapat membuat kita rasa dalam kedaan yang baik.

Jika kita sedar yang kita terlupa untuk memakai perfume semasa keluar pasti kita akan rasa kurang selesa.

 

Perfume yang anda pilih juga dapat menceritakan serba sedikit tentang siapa anda dan personaliti yang anda miliki. Mungkin sesetengah orang akan skeptikal dengan pandangan ini, tapi realiti nya perfume sememangnya dapat memberi maklumat tentang karakter seseorang.

 

Jadi Kenapa Perlu Pakai Perfume dan Kenapa Ia Penting?

 

Saya bawakan satu petikan dari filem Perfume – The Story Of  A Murderer  (2006) “Odors have a power of persuasion stronger than that of words, appearances, emotions or will. The persuasive power of an odor cannot be fended off, it enters into us like breath into our lungs, it fills us up, imbues us totally. There is no remedy for it.”

 

Baik, ia hanya lah petikan dari filem tetapi terdapat kebenaran dalam petikan tersebut. Minyak wangi yang anda pilih untuk dipakai sepatutnya menjadi sebahagian daripada bagaimana anda memilih pakaian untuk dipakai.

 

Sehinggakan, wangian anda dapat menceritakan kepada seseorang tentang diri anda sebelum penampilan fizikal anda. Orang lain boleh belajar sesuatu tentang anda dan gaya anda melalui deria mereka. Apa yang kita dapat pelajari dari petikan di atas ialah “The persuasive power of an odor cannot be fended off” iaitu dapat kita faham “pujukan dari kekuatan bau tidak dapat ditangkis oleh apa jua benda”. So, amat penting untuk kita dapatkan manfaat dari fakta ini.

 

Kelebihan memakai Perfume

 

Salah satu kelebihan memakai perfume yang amat penting ialah perfume dapat menaturalisasikan bau badan kita dan memberikan kesegaran kepada tubuh badan sepanjang hari.

 

Memakai perfume juga dapat meningkatkan keyakinan kita. Dengan menyedari bahawa tubuh badan kita berbau wangi dan segar ia dapat memberi ketenangan pada diri kita. Jika kita memilih wangian yang dapat menambah baik personaliti kita dan dapat mencipta suasana yang kita inginkan, dapat membantu kita menjadi lebih baik dalam apa yang kita lakukan.

Minyak wangi juga dapat memberi kesan pada mood anda. Wangian pilihan anda dapat mengekspresikan keadaan minda anda, mood dan orang sekeliling anda. Setiap jenis wangian memainkan peranan yang berbeza. Daripada mood yang serius kepada lebih tenang. Memilih wangian yang sesuai amat penting untuk mencipta mood yang kita inginkan dan mengikut sesuatu majlis.

 

Deria bau adalah salah satu dari lima deria yang dimiliki oleh manusia dan deria ini amat penting untuk kita. Bau adalah benda yang pertama kita akan sedari jika kita memasuki sesuatu ruang dan yang paling bertahan sehingga kita meninggalkan ruang tersebut.

 

Manusia merembeskan pheromones yang dapat memikat orang lain. Minyak wangi dibuat untuk tujuan yang sama. Ia mempunyai pheromones yang dapat meningkatkan daya tarikan anda dan meninggalkan kesan yang baik.

 

Perfume juga dapat mempunyai kebolehan sebagai pencetus kepada ingatan anda. Sesetengah wangian mengingatkan kita tentang sesuatu kejadian atau seseorang. Anda boleh memiliki perfume khas untuk menciptakan keunikan anda tersendiri.

 

So, apa pandangan anda tentang perfume dan adakah ia penting untuk anda? Pilih lah jenis wangian yang sesuai untuk anda dan dapat memberi impak yang positif buat diri anda.

 

Ingin tahu cara pemakaian perfume yang betul? Jom baca artikel dibawah.

10 Tips Perfume Tahan Lebih Lama

Jumpa lagi di artikel yang akan datang. Stay Wangi Dengan Perfume Borong Malaya!

 

Ingin menjadi reseller perfume dan jana pendapatan dari rumah? Klik link dibawah.

Hubungi Atin, Perfume Advisor PBM

 

2 thoughts on “Adakah Perfume Penting? Jika Penting, Kenapa?”

  1. Azlina Che Umar

    Ramai pelanggan akak ckp perfume yg akak jual sebijik mcm yg original,wangi n tahan lama❤️❤️❤️❤️❤️

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
×