Perfume Tamat Tempoh? Kenal Pasti Adakah Perfume Anda Telah Rosak.

Jika anda adalah seorang peminat minyak wangi, dan pernah menyimpan dalam tempoh yang lama anda pasti menyedari minyak wangi itu semakin berkurang dan bau nya berubah dari bau yang asal. Ini adalah tanda-tanda berkemungkinan minyak wangi anda telah mendekati tarikh tamat tempoh. Adakah minyak wangi boleh tamat tempoh? Bagaimana pula dengan cologne? Jawapannya sudah pasti boleh, tetapi ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk memanjang kan tempoh jangka hayat minyak wangi anda. Kualiti, jenis bauan yang terkandung di dalam minyak wangi dan cara penyimpanan memainkan peranan penting dalam tempoh jangka hayat minyak wangi.

Jom kita membongkar berapa lama perfume atau cologne boleh bertahan, cara mengenal perfume yang telah rosak dan cara penyimpanan yang betul.

 

Adakah Perfume Boleh Expired?

Ye, perfume dan cologne anda boleh rosak. Walaubagaimanapun, berapa lama ia boleh bertahan bergantung kepada komposisi bahan kimia yang terdapat di dalam perfume tersebut. Terdapat perfume yang boleh bertahan selama setahun tetapi ada pula yang boleh bertahan sehingga 10 tahun. Secara am nya, kebanyakan perfume boleh bertahan 3 hingga 5 tahun.

Menurut pakar, minyak wangi yang mempunyai base note yang lebih heavy atau keras akan tahan lebih lama. Contoh minyak wangi yang mempunyai base note lebih keras termasuk bau oriental seperti patchouli dan amber.

Jika minyak wangi tersebut mempunyai base note yang lebih ringan, cecair campurannya tidak menentu dan mudah untuk rosak. Minyak wangi citrus dan floral kebiasaannya tidak tahan lama.

 

Cara penyimpanan juga memainkan peranan penting dalam tempoh jangka hayat perfume anda. Perfume anda akan tahan lebih lama jika disimpan dengan cara yang betul.

Jika minyak wangi anda telah tamat tempoh, memakainya akan mendatangkan bau yang tidak menyenangkan, kerengsaan kulit atau lebih teruk anda akan mengalami reaksi alahan. Jika perfume anda lebih dari beberapa tahun, adalah lebih baik untuk anda mencuba terlebih dahulu sebelum menggunakan nya di kulit atau tubuh anda.

 

Dua Cara Mudah Untuk Mengenal Pasti Adakah Perfume Anda Telah Rosak

Jom kita kenal pasti dua cara mudah untuk mengetahui adakah perfume anda telah rosak.

Test Bagaimana Bau Minyak Wangi Anda

Cara yang paling jelas adakah minyak wangi anda telah rosak ialah dengan mencuba bau nya. Sesetengah minyak terkandung vegetable oil yang boleh rosak dalam tempoh waktu tertentu. Jika minyak wangi anda mempunyai bau seakan akan bau cuka atau kepekatannya sangat berbeza dengan keadaan yang asal, ia mungkin telah rosak.

 

Lihat Rupa Minyak Wangi. Adakah Warna Telah Berubah?

Cara yang lain untuk anda mengenal pasti samada perfume anda telah rosak ialah dengan melihat adakah warna nya telah berubah dari warna yang asal. Perfume yang mempunyai warna yang lebih gelap dari warna yang asal berkemungkinan telah rosak. Kandungan alkohol di dalam minyak wangi telah menguap dan menyebabkan kandungannya berkurangan jika disimpan dalam tempoh tertentu.

 

Bagaimana Untuk Menyimpan Minyak Wangi

Cara penyimpanan yang betul adalah amat penting untuk memastikan perfume anda tahan lebih lama. Menyimpan perfume dengan betul bermaksud memastikan perfume anda jauh dari perubahan suhu yang mendadak.

Menyimpan minyak wangi di dalam bilik air sangat memudahkan, tetapi perubahan suhu panas dan sejuk boleh menyebabkan perfume anda cepat rosak. Kelembapan juga boleh menganggu bahan kimia yang terdapat di dalam minyak wangi anda.

Anda juga perlu mengelakkan perfume anda terdedah kepada cahaya matahari secara langsung kerana ia boleh merosakkan struktur bahan kimia dan membuatkan minyak wangi hilang potensi nya.

Cara terbaik untuk menyimpan minyak wangi anda adalah menyimpannya di dalam tempat yang sejuk, gelap dan kering seperti almari atau laci di dalam bilik anda. Simpan di dalam kotak asal yang datang bersama minyak wangi oleh kerana jika ia terdedah kepada udara juga boleh memberi kesan kepada minyak wangi anda. Udara juga boleh mempercepatkan penguapan alkohol dan membuat minyak wangi anda cepat rosak.

Bagaimana Untuk Menggantikan Perfume Yang Telah Rosak

Untuk mengenal pasti samada perfume anda telah rosak ataupun tidak boleh menjadi satu proses yang rumit. Jika perfume anda melebihi dua tahun setengah, anda mungkin ingin untuk mencuba terlebih dahulu sebelum menggunakan perfume anda. Jika ia masih mempunyai kepekatan, warna yang sama dan masih mempunyai bau yang wangi sama seperti waktu anda membeli nya, ia mungkin selamat untuk digunakan.

Jika anda ingin mencari perfume yang baru, Mark Tenth Series mempunyai lebih dari 50 jenis bauan untuk dipilih.

Ingin menjadi reseller minyak wangi dan jana pendapatan dari rumah? Jom daftar dengan hanya RM50 sahaja.

 

14 thoughts on “Perfume Tamat Tempoh? Kenal Pasti Adakah Perfume Anda Telah Rosak.”

  1. Attractive section of content I just stumbled upon your blog and in accession capital to assert that I get actually enjoyed account your blog posts Anyway I will be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently fast

  2. I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
×